Friday, October 16, 2015

Piagam Pelanggan Pusat Akses SKKBSR

Piagam Pelanggan
Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kami warga Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, dengan penuh tekad dan iltizam menyempurnakandan melaksanakan tanggungjawab kami dalam meningkatkan kemahiran dalam pelbagai sumber dan media pembestarian sekolah yang berkualiti secara berterusan bagi meningkatkan dan memantapkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. mengemaskini sumber, bersama merealisasikan dalam memperkasakan sekolah bestari  dengan menyalurkan bimbingan, bantuan dan peka dengan perkembangan selaras keperluan sekolah dari semasa ke semasa. layanan mesra, suasana kondusif, perkhidmatan pengetahuan  dan tugas bagi menjamin perkhidmatan yang cekap dan memenuhi kehendak pelanggan dalam bidang teknnologi informasi dan komunikasi Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson

MISI DAN VISI Pusat Akses SKKBSR

VISI

Menjadikan Pusat Akses ICT SK KG Baru Si Rusa sebagai salah satu pusat sumber ilmu dan maklumat untuk warga SK KG Baru Si Rusa

MISI

  • Meningkatkan dan membina minat murid dan guru untuk mempelajari TMK.
  • Menjadikan kemudahan ICT sebagai salah satu keperluan dalam pelaksanaan PDP.
  • Meningkatkan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru-guru, kakitangan dan murid-murid dalam pelbagai aplikasi dan kemudahan ICT.
  • Merealisasikan pembinaan modal insan yang berkemahiran dalam teknologi dan komunikasi maklumat.

Carta Organisasi Pusat Akses SK Kampung Baru Si Rusa




Selamat Datang Ke Pusat Akses SK Kg Baru Si Rusa

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa

Sedikit perkongsian gambar Pusat Akses SK Kampung Baru Si Rusa





Semoga Pusat Akses SKKBSR terus sukses dimasa yang akan datang.